Memang relationship goals sangat!

Hubungan mesra antara YDPA Agong dan Permaisuri Agong seringkali menjadi topik perbualan rakyat jelata. Kemesraan dan telatah spontan mereka berdua sentiasa menjadi perhatian lebih-lebih lagi ketika mereka muncul di khalayak umum.

Dikenali sebagai raja berjiwa rakyat dan dikagumi kerana sifat keperibadian mereka yang merendah diri maka tak hairanlah jika pasangan ini dilabelkan sebagai “relationship goals” oleh netizen. Tidak kenal usia, tidak mengira waktu keletah pasangan romantis ini membuatkan ramai yang cemburu dengan kemesraan dan keakraban mereka. 

Terbaru, sebuah foto tular di laman sosial menunjukkan pasangan diraja ini sedang minum teh atau “mengeteh” bersama setelah selasai kelas mengaji. 

Malah pemilik akaun itu turut mengagumi sikap kedua-dua pasangan ini yang gigih mencari bekalan ilmu akhirat bersama-sama. Secara tidak langsung, Tuanku dan Permaisuri menjadi contoh teladan buat rakyat. 

             ” Nak jadi macam Tunku dan Permaisuri Agong, romantik dan sweet”

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen di laman Twitter tersebut. Malah, tak kurang juga yang mengimpikan untuk membina rumah tangga bersama-sama dan mencari si “zauj” dan “zaujah” yang bukan sahaja boleh memimpin malah berusaha untuk mencari ilmu akhirat. 

Semoga kita semua dikurniakan pasangan yang boleh memimpin kita ke arah kebaikan dan saling mengingatkan kepada akhirat. Yang penting, relationship goals, road to Jannah!

Kredit: Twitter