Lakonan berkesan pelakon dan pengacara Ain Edruce sebagai Marina dalam drama bersiri Camelia di TV3 baru-baru ini telah menerima kecaman daripada netizen yang ‘bengang’ dengan wataknya itu.

Watak antagonis  Marina dalam drama tersebut memperlihatkan dia sering cemburu dengan kakaknya iaitu Maryam yang dilakonan oleh Datin Diana Danielle.

Nampaknya, tahap penghayatan watak yang diberikan Ain bukan sahaja mendapat pujian ramai. Malah ada juga yang mahu menampar Ain gara-gara lakonannya iri hatinya yang sanggup menabur fitnah terhadap ibu bapanya sendiri dalam drama tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai drama ini di ruangan komen Twitter seperti berikut:

“Rasa Nak Tampar, Jahat Sangat”

 

 

“Nak Tengok Camelia Kerana Lakonannya Power”

 

“Watak Marina Memang Minta Kaki”

Drama bersiri Camelia  ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 yang turut membariskan Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati dan Zarina Zainuddin. 

Sumber: Twitter