Pejam celik pejam celik, hari ini drama sensasi, Kampung People bakal melabuhkan tirai apabila episod terakhir akan ditayangkan malam ini jam 9 malam melalui slot Lestary di TV3. 

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein sebagai salah satu tunggak utama drama bersiri Kampung People ini turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila drama komedi bersiri itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan menerima pelbagai reaksi yang menggalakkan daripada penonton sepanjang ia ditayangkan. 

“Alhamdulillah, saya memang seronok sangat.  Tak sangka drama ini seperti fenomena yang melanda Malaysia.

“Penonton pula bukan orang dewasa sahaja, tetapi ada juga dalam kalangan kanak-kanak.  Dalam kata lain, ia kena dengan jiwa seisi keluarga.

“Paling membuatkan saya gembira ialah apabila ada peminat yang memaklumkan bahawa mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk menonton Kampung People ini,” kata Elly kepada Harian Metro.

Pasti juga ramai yang akan berasa sedih kerana drama yang yang sarat dengan mesej positif dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda ini sudah sampai ke penghujungnya.

“Walaupun kita lihat drama itu bersifat komedi dan menjadi hiburan keluarga, tetapi ia juga sarat dengan mesej positif mengenai kekeluargaan.

“Ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana Rabu, 8 Januari adalah episod terakhir Kampung People,” kata Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Drama komedi bersiri yang diarahkan oleh Wan Hasliza turut menampilkan bintang seperti Rashid Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi. 

Jangan lupa saksikan episod terakhir malam ini jam 9 malam di slot Lestary TV3. Pasti akan rindu dengan gelagat Abu, Minah, Laila dan Jekfer lepas ni…

 
 
 
View this post on Instagram

U look so happiness this morning agitchuuuuuu.. happiness hadeeeeeee 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 . Apaaaaa Da episode 12 .. ohhh nooooooo 8 January last episode 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 . Keluarga #anehaneh akn menghantui anda bermula mlm ni .. slot lestary.. setiap rabu hingga Jumaat.. jam 9mlm hanya d #Tv3 agitchuuuuuu . Rugi klu x tgk .. anda akn ketawa sepnjng masa sbab #kampungpeople ni smua orgnya #anehaneh 🤣🤣🤣🤣 . Yg tgh besedih, yg tgh stress, yg tgh rengsekkkk, yg tgh marah.. yg tgh sunyi, yg tgh sakit hati, yg tgh lapa ,mehhhh tgk #kampungpeople .. pasti buat anda sakit perut ketawa smpai muka jd biru ala ala lebammmm camtoooo haaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣 . Jgn lupa tau mlm ni .. 9mlm di #Tv3 #kampungpeople pommmmm❤❤❤ . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary #13Episode

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein