Sebut sahaja pasal Polis Story atau Drunken Master, pastinya pelakon lagak ngeri serba boleh ini terlintas difikiran anda bukan?

Namun, siapa sangka bintang popular ini mencetuskan kebimbangan ramai pihak terutamanya peminat beliau apabila dikatakan positif Covid-19. 

 
 
 
View this post on Instagram

Thanks to all my fans! I got all your gifts and cards and donations and messages! Thank you! Thank you! Thank you!

A post shared by Jackie Chan 成龍 (@jackiechan) on

Apa yang lebih mengejutkan, apabila tular sebuah video yang memperlihatkan susuk pelakon ini menghadiri majlis makan malam bersama pasukan polis Hong Kong yang mana, seorang daripada anggota polis terbabit dipercayai positif virus tersebut.

Malah, yang  menguatkan lagi dakwaan tersebut, Jackie Chan mungkin dikuarantin bersama pegawai polis yang lain. 

Bagaimana pun, menurut laporan Today Online, Jackie Chan dan rakan-rakannya itu berada di lokasi yang agak jauh dan majlis yang berbeza. 

Sumber : Instagram @jackiechan

Lantas, pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi menyatakan bintang kesayangan ramai ini telah dijangkiti Covid-19.

Untuk makluman, China masih kekal antara negara tertinggi dalam rekod Covid-19 dengan jumlah kes sebanyak, 77,785 pesakit. Manakala, Malaysia berada dikedudukan ke-11 denagn 22 kes dilaporkan setakat ini.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama TV3, tepat jam 8 malam.