Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 170 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan Iran.

Pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines terhempas dekat lapangan terbang itu dan terbakar.

Punca kejadian dipercayai ekoran masalah teknikal pesawat.

“Api begitu besar sehingga kita tak boleh (lakukan) apa-apa penyelamatan…Kita ada 22 ambulans, empat bas ambulans dan sebuah helikopter di tempat kejadian,” kata ketua perkhidmatan kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand kepada stesen televisyen itu.

Reza Jafarzadeh, jurucakap Organisasi Penerbangan Awam Iran, memberitahu stesen itu bahawa jumlah penumpang dalam pesawat ialah 170 orang.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightRadar24, pesawat yang terhempas ialah Flight PS 752 dalam penerbangan ke Kyiv. Pesawat itu berusia tiga tahun dan merupakan sebuah Boeing 737-NG, katanya.

Pusat panggilan syarikat penerbangan itu di Kyiv berkata pihaknya belum ada maklumat berkenaannya.

Islamic Republic News Agency (RINA) berkata, menurut maklumat awal “pesawat itu dalam perjalanan ke Kyiv dan memiliki 180 penumpang dan anak kapal”.

Jurucakap Boeing Gordon Johndroe berkata syarikat itu maklum akan laporan media berhubung kemalangan di Iran itu dan sedang mendapatkan lebih maklumat.

Sumber: Reuters