Tidak dinafikan penyanyi bertubuh genit dan bersuara lantang, Ernie Zakri merupakan calon finalis kegemaran ramai yang dijangka bakal menyandang gelaran Anugerah Juara Lagu 34 dengan persembahan yang pastinya memukau di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini. 

Mempertaruhkan lagu Ku Bersuara yang dicipta oleh Syamel dan Omar K,  Ernie dijangka memberi saingan sengit buat finalis – finalis yang lain.

Ternyata, Ernie Zakri dan glam squadnya sudah bersedia untuk memenangi AJL 34 kali ini. Menerusi saluran Youtube  Ernie Zakri, Ernie berkongsi perjalanan menuju AJL 34 yang dipenuhi dengan momen-momen mengejutkan. Ernie juga turut mendedahkan kisah sebenar di sebalik Lagu Ku Bersuara yang tercalon untuk ke pentas AJL 34 pada malam ini.

Kalau korang nak tahu apa terjadi dengan Ernie Zakri. Korang kena tengok video kat bawah ni. Adakah semuanya akan berjalan lancar hingga ke akhirnya atau musibah bakal melanda?

Apa tunggu lagi? saksikan siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada jam 9 malam ini, hanya di TV3. Kalau korang terlepas untuk tonton secara LIVE, korang boleh layari Youtube TV3 Malaysia OfficialTonton, dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Serta hangatkan malam kemuncak ini dengan hashtag #AJL34 di laman sosial korang !