Pelakon dan penyanyi Indonesia, Ariel Tatum mengaku pernah berniat untuk membayar pembunuh upahan untuk membunuhnya. Eh kenapa sampai macam tu?

Kata Ariel, ini kerana dia sudah tidak tahan berdepan dengan penyakit bipolar yang dihidapinya sejak usia 13 tahun.

“Bukan untuk cipta kontroversi tetapi ini adalah kenyataan benar. Saya juga pernah tertekan dengan kata-kata orang mengenai diri saya. Cuma seiring masa, saya lebih memilih untuk mengabaikan komen yang tidak berfaedah mengenai diri saya,” katanya ketika ditemubual bersama Metro TV Indonesia. 

Akui Ariel, dia enggan lagi mengambil pusing dengan kata-kata negatif netizen dan memilih untuk hidup dalam suasana positif. 

“Tapi as time goes by, saya cuma punya dua tangan, dua tangan saya tidak mampu menutup mulut semua orang satu Indonesia.

“Dua tangan saya akhirnya dipakai untuk tutup telinga sendiri.” ujarnya.

Sambung Ariel, dia kini berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Akuinya lagi, dia pernah mencuba untuk melompat dari tempat tinggi, mengambil ubat dan berharap ‘pergi’ dalam kemalangan.

“Mujur saya cepat sedar dan mendapatkan bantuan profesional. I think i need a professional helpi dont think this is healthy,” katanya yang kini lebih menyayangi diri sendiri.

Untuk netizen di luar sana, hati-hati dengan apa yang anda tulis. Penulisan kalian mungkin memudaratkan fikiran orang lain. Ingat tu!