PERDANA MENTERI Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan senarai jemaah kabinet baru pada pukul 5 petang ini. 

Pengunguman ini akan dilakukan di Pejabat Perdana Menteri sebentar lagi. Menurut sumber portal tempatan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan senarai jemaah kabinet baharu yang dipersembahkan oleh Muhyiddin kepadanya pada pukul 11 pagi tadi. 

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Mahdzir Khaled; Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Ahli Parlimen PAS pula yang mungkin dalam senarai Kabinet adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari.

Turut menjadi sebutan, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sama-sama kita nantikan pada pukul 5 petang ini.