Seluruh dunia kini berdepan dengan pendemik Coronavirus. Beribu kematian dilaporkan setiap hari. Terbaru, negara Malaysia sendiri sudah memulakan perintah kawalan pergerakan dan kuarantin buat semua penduduk. Namun, apa yang bermain di kotak fikiran kita lebih jauh. Jika dilihat dari sudut agama, penularan COVID-19 dianggap sebagai satu bencana yang menimpa dunia. 

Bila dunia nak kiamat, manusia berdepan dengan bencana alam dan bencana sosial- Ustaz Elyas Ismail 

Penularan Coronavirus merupakan salah satu bencana sosial yang kini berlaku di dunia. Penularannya meragut puluhan ribu nyawa. Bukan sahaja menyerang sistem kesihatan badan malah turut menjejaskan sistem ekonomi, sosial dan politik dunia. 

Menerusi satu video perkongsian oleh Ustaz Elyas Ismail, beliau memberikan jawapan mengenai kebenaran wabak Coronavirus dilihat sebagai salah satu tanda-tanda akhir zaman.  Ustaz Elyas menjelaskan bahawa semakin dekat berlaku hari kiamat. manusia akan berdepan dengan dua bencana iaitu bencana alam seperti gempa bumi, geologi dan bencana sosial seperti konflik, rusuhan, peperangan, penularan wabak.

Doa hadapi bencana dan musibah

Menerusi perkongsian Dr Zulkifli di laman Twitter, beliau telah berkongsi beberapa doa munajat untuk diamalkan apabila ditimpa sebarang bencana dan musibah. 

 

Agama ajar kita untuk sedar dan redha dengan ujian Tuhan 

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya Qada dan Qadar Tuhan. Justeru, segala bencana yang menimpa dianggap sebagai satu bentuk ujian dan pengajaran daripada Tuhan kepada hambaNya.

Dalam waktu yang genting ini, kita seharusnya tidak terlalu mengikut perasaan dan bertindak di luar kawalan. Sebaliknya, bertindaklah secara bijak dengan mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan, bertawakkal  dan percaya bahawa segala bentuk musibah yang melanda merupakan ujian Tuhan buat hambanya yang celik mata hati dan akal fikiran. Sama-sama kita berdoa agar dijauhi daripada penyakit berjangkit. 

Kredit Instagram: Ustaz Elyas Ismail,Twitter Dr Zulkifli