Laungan azan tetap akan diteruskan!

Walaupun negara dalam fasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 hingga 31 Mac ini namun, laungan azan lima waktu tetap akan diteruskan oleh bilal masjid dan surau yang bertugas sebagai panduan masuknya waktu solat kepada seluruh umat islam di Terengganu. 

Mufti Terengganu Datuk Dr Zulkifly Muda berkata dalam tempoh itu juga semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

Sumber : Google

“Ahli kariah hendaklah menunaikan solat zohor pada hari Jumaat dan solat fardu lima waktu di rumah masing-masing bagi memastikan keberkesanan tindakan ini.

“Bagi memastikan penularan wabak COVID-19 tidak terus berlarutan maka seluruh masyarakat di Terengganu hendaklah menghindarkan diri daripada bersalam sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya,” Katanya.

Keputusan ini diambil selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ketiga bagi penggal ke-13.

Menurut, Datuk Dr Zulkifly Muda, sekiranya berlaku kematian akibat jangkitan wabak COVID-19, maka pengurusan mandi jenazah bagi orang Islam adalah seperti biasa.