Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Meyanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4 petang tadi. 

Sudah lama menderita penyakit kanser 

Difahamkan penyanyi berusia 44 tahun itu telah lama menderita penyakit kanser sejak memasuki sebuah program rancangan realiti nyanyian pada tahun 2008. Arwah juga dikatakan baru sahaja kembali dari Cina untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian. 

Jenazah Maya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 4 petang tadi. Takziah kami ucapkan buat keluarga Maya Matahari. 

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.