MESKIPUN sering tampil bersama di setiap acara dan sudah pun mengikat tali pertunangan, ternyata penyanyi jelita Jennifer Lopez masih  belum bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama tunangnya Alex Rodriguez. Kenapa ek?

Penyanyi yang mesra disapa J-Lo ini menjelaskan perkahwinan bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan pada waktu ini. 

“No, no… no,”  ungkap penyanyi ini apabila ditanya mengenai adakah perkahwinan merupakan satu perkara yang penting buat dirinya dan Alex. 

Jennifer Lopez

“It’s so funny because when we first got engaged I was like, ‘Oooo, we’re gonna get married in a couple months?!’You’re old thinking comes right back, all that hopeless romantic that made me get married three times,” ujarnya lagi. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang penting buat penyanyi yang berusia 51 tahun ini. 

Menurut  sumber sebuah portal antarabangsa, J-Lo menganggap Alex sebagai seorang lelaki yang sangat memahami dirinya. Pada pandangan pasangan ini, untuk menjalani hidup bersama tidak semestinya perlu berkahwin. 

Alex merupakan lelaki yang istimewa

Jennifer Lopez

Menurut J-lo, Alex merupakan seorang lelaki yang sangat istimewa dalam hidupnya. Jejaka itu sering menyokong J-lo walau dalam apa keadaan sekalipun. Malah, kedua orang anak J-Lo bersama perkahwinan terduhulunya bersama Marc Anthony sangat menyukai Alex. 

Jennifer Lopez

“It was different than anything that I had ever experienced in the sense of his consistency. What he says, he does… every time. And that is big. He wants to build together, which I’ve never had. I never had anybody who wants to see me shine and grow and be,” 

Apa-apa pun semoga J-Lo dan Alex sentiasa berbahagia! Sebab pasangan ni nampak sweet sangat!