Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh antara yang menjadi perhatian lebih-lebih lagi hijrahnya bersama isteri, Mizz Nina yang menjadi inspirasi ramai dan terkenal dengan misi-misi amal yang sering dilakukan bersama

Bagaimanapun, baru-baru ini aksi Noh menunjukkan isyarat lucah jari tengah ketika bergambar dengan ahli kumpulan Hujan mengundang rasa kurang senang netizen. Tindakannya itu tidak sepadan dengan kapsyen yang ditulis iaitu kesyukuran kepada Tuhan.

Rata-rata netizen meminta Noh agar menjaga adab dan perlakuannya kerana sebagai seorang selebriti dia seharusnya menunjukkan contoh baik lebih-lebih lagi ramai peminatnya dikalangan orang muda dan remaja.

Dalam pada itu, netizen turut menasihati penyanyi itu agar lebih menjaga tingkah laku dan akhlak kerana bimbang aksi seperti itu boleh mengundang fitnah. Apa pun diharap Noh akan lebih berhati-hati selepas ini setiap kali bergambar.