Penyanyi, Nicki Minaj telah berkongsi dengan pengikut akaun instagramnya yang dia kini sudah bergelar  isteri kepada kekasih lama yang dikenali sejak di bangku sekolah, Kenneth Zoo Petty. 

“Onika Tanya Maraj-Petty. 10.21.19”, tulis Nicki Minaj dalam kapsyen video yang menunjukkan dua topi yang bertulis ‘Bride’ dan ‘Groom’ dan dua cawan yang bertulis ‘Mrs.’ dan ‘Mr’.

 

 
 
 
View this post on Instagram

👰🏽🤵🏽😢🙏🏽🎀 Onika Tanya Maraj-Petty 10•21•19

A post shared by Barbie (@nickiminaj) on

 

Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen entri instagram tersebut yang mendapat lebih dari 4 juta ‘views’. 

Terdahulu kecoh apabila Nicki mula berpacaran semula dengan Kenneth sejak setahun lalu kerana Kenneth pernah didakwa bawah tuduhan membunuh dan cubaan merogol tetapi Nicki memberi sokongan terhadap kekasihnya dan mengatakan perkara itu adalah kisah silam. 

Spekulasi tentang perkahwinannya mula kencang apabila Nicki telah menukar nama di akaun Twitternya sebagai ‘Mrs.Petty’ beberapa bulan lepas. 

Sumber foto: Instagram @nikiminaj