Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac lalu, sebuah operasi sekatan besar-besaran telah pun dilakukan oleh pihak Polis Selangor pada malam tadi.

Namun begitu, masih kurang kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya apabila sebahagian besar mereka ditahan di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur malam tadi! Operasi tersebut dijalankan selepas pihak polis menerima aduan terdapat individu yang masih tidak mengendahkan perintah yang dikeluarkan kerajaan.

“Nak Beli Makanan, Bersiar-Siar”

Menurut laporan Harian Metro, kebanyakan pengguna jalan raya yang ditahan memberikan alasan untuk memasuki daerah Dang Wangi semalam bagi tujuan membeli barang dan makanan. Nampaknya,walaupun penguatkuasaan PKP selama 14 hari sudah bermula, masih ada yang berdegil dan keluar rumah tanpa urusan penting.

Tindakan itu dilihat seolah-olah mereka lalai dalam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan dan penyebaran wabak coronavirus (COVID-19).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, operasi dilakukan bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Penekanan Dalam Memberi Nasihat Dan Pendidikan Kepada Masyarakat

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bagi peringkat permulaan ini, polis lebih kepada memberi nasihat dan pendidikan kepada masyarakat. 

Pelbagai alasan diberikan untuk menyokong pergerakan mereka. Jadi kita menasihati mereka supaya tidak melanggar perintah dikeluarkan kerajaan,” katanya. 

“Kebanyakan yang diperiksa sedar akan peraturan itu, namun mereka seolah-olah tidak ambil berat, lalai dan mengambil peluang untuk keluar bersama keluarga,” katanya ketika ditemui pada sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur, malam tadi.

Kebanyakan Sedar Peraturan Namun Lalai Ikut Arahan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata berdasarkan pemantauan pada hari pertama PKP itu, kebanyakan individu mengambil mudah arahan yang ditetapkan kerajaan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan semasa sekatan jalan raya di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Loke Yew, rata-rata dari mereka datang dari luar ibu negara, sebagai contoh ada yang datang dari Kajang, Pandan Indah, Ampang dengan tujuan untuk makan dan membeli barang.

“Apabila ditanya mengenai arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan, nampaknya mereka sedar akan peraturan namun demikian mereka seolah-olah tidak mengambil berat dan berada dalam keadaan lalai untuk mengikut arahan berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas sekatan jalan raya hari ini.

So, guys patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh semua agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk menyokong supaya wabak COVID-19 ini dapat dibendung. Jangan bersikap penting diri kerana akibat seorang, yang lain turut menjadi mangsa!

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

 

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

Sumber: Harian Metro