Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) menyaksikan lagu Sumpah oleh Naim Daniel menyandang juara sekali gus membawa pulang  hadiah berupa wang tunai dan trofi.

Ini adalah kemenangan pertama buat Naim walaupun merupakan cubaan pertamanya di pentas AJL34.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Itu dia Juara #AJL34 !! Naim Daniel guys 😱😱😱🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉.

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Manakala, Naib Juara pula menjadi milik Aman Ra yang popular menerusi lagu Bangun. Lagu Anta Permana oleh Bob Yusof dan Dato’ Siti Nurhaliza pula membawa tuah apabila merangkul tempat ketiga pada malam ini. 

Selepas kali terakhir memenangi Juara Lagu menerusi lagu Awan Nano pada AJL 26, Hafiz Suip sekali lagi tidak mengecewakan penonton setia AJL apabila menyandang Vokal Terbaik dengan memberi persembahan vokal memukau menerusi lagu Kisah Cinta Kita.

Hafiz Suip juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik melalui persembahan yang cukup romantis antara beliau dan isteri tercinta.

Untuk penjurian Persembahan Terbaik, hanya 50 peratus daripada juri profesional manakala baki daripada undian peminat.

AJL34 disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena Bukit Jalil, jam 9 malam tadi.