Mulianya hati ARMY!

Selepas rancangan “The Late-Late Show” yang dikendalikan oleh James Corden pada Selasa lalu bersiarandengar cerita kelab peminat BTS iaitu ARMY telah menyumbang 7500 USD atau lebih 30 ribu kepada pertubuhan amal! Wah, bukan sikit-sikit  ye jumlah tersebut.

BTS telah dijemput sebagai tetamu pada Selasa lalu bagi mempromosikan lagu terbaru mereka berjudul “Black Swan” dan album Map Of The Soul:7. BTS juga turut menampilkan lagu Black Swan buat pertama kalinya di kaca televisyen dan juga lagu Fake Love secara live!

Kemunculan BTS dalam rancangan tersebut telah mencuri perhatian ARMY dan mereka berterima kasih kepada James Corden kerana memberi layanan baik kepada BTS.

Sumbangan Buat Pertubuhan Amal “Magic Breakfast”

Susulan tanda penghargaan buat James Corden, salah satu ARMY telah membuat keputusan untuk mencari semula pertubuhan amal yang pernah disebut oleh James Corden pada masa lalu, iaitu Magic Breakfast bagi menggalakkan ARMY menyumbang kepada pertubuhan amal tersebut.

Magic Breakfast merupakan pertubuhan yang menyediakan sarapan berkhasiat buat kanak-kanak yang memerlukan dan bagi memastikan kelaparan bukan pengahalang untuk mereka menerima pendidikan sempurna.

 

Sumber foto: www.twitter.com.my

 

Terima Lebih 30 Ribu Kurang 17 Jam

Wakil daripada Pertubuhan tersebut juga memberitahu bahawa mereka telah menerima lebih 585 sumbangan daripada ARMY yang terdiri dari 54 jenis negara seluruh dunia!

Menerusi laporan Buzzfeed,  susulan sumbangan yang diberikan oleh ARMY tersebut telah menjadikan sejumlah 25,419 sarapan pagi dapat disediakan buat kanak-kanak memerlukan di England dan Scotland.
 
Perkara ini bukanlah kali pertama ARMY lakukan apabila, mereka turut pernah memberi sumbangan bagi memperingati tarikh kelahiran ahli BTS dan juga menyambut duta besar UNICEF.