Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta,  Misha Omar baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 6 Januari. Namun, menurut Misha atau nama sebenarnya, [email protected] Omar hari jadinya itu menjadi momen yang paling diingati kerana anaknya jatuh sakit pada hari yang sama. 

Misha berkongsi perkara itu melalui satu entri  yang di muat naik di Instagram miliknya.

“Hadiah di harijadi ibu yang paling bermakna, penghibur di hati jatuh sakit, demam panas saat dijemput pulang dari sekolah petang tadi…

“Doakan ya semoga Muhammad Idris Ezzwa cepat sembuh..mudah-mudahan tiada apa yang serius…demam nak besar gamaknya…Selamat malam kawan-kawan,” tulis penyanyi jelita itu sebagai kapsyen. 

 

Memandangkan sekarang musim influenza, ramai pengikut Misha yang menggesa penyanyi itu membawa anaknya mendapatkan rawatan. 

Sekadar info, Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Idris Ezzwa yang hampir berusia empat tahun.

Misha juga mempunyai dua anak angkat yang dijaga sejak bayi, iaitu Muhammad Adam Emir  (15) dan Humaira Lateefa (9)

Sumber: Instagram @mishaomar