PERSIS pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Perkahwinan pelakon jelita Emma Maembong  dan suami tercinta Mohamad Shazli Dato Azhar masih lagi diperkatakan dan menjadi perhatian ramai sehingga ke hari ini.

Sah diijabkabulkan pada 20 Februari lalu, Emma,27 dan pasangan telah mengadakan sebuah majlis resepsi pada malam ini (7 Disember) bertemakan Suit and tie  yang berlangsung di Bora Ombak Marina Putrajaya. 

Sebelum ini, pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis resepsi bertemakan Malam Gemali Sari yang berkonsepkan melayu klasik pada 6 Disember lalu. Penampilan Emma dan Shazli ternyata telah memukau mata semua orang yang melihat dengan persalinan pengantin mereka rekaan Rizman Ruzaini yang serba indah dan klasik. 

Instagram Emma Maembong

Dekorasi majlis perkahwinan yang serba indah ini merupakan kerja kreatif Rekateemor, solekan pengantin perempuan daripada Khir Khalid  dan busana mempelai oleh Rizman Ruzaini. Menurut Rizman Ruzaini, gaun pengantin yang dipakai Emma pada malam ini diinspirasi daripada gaun yang dipakai Belle menerusi kisah Disney Beauty and the Beast. Manakala Shazli pula tampak segak dengan suit biru baldu yang dikenakan bersama  bow tie berwarna hitam. Serasi dan sesuai betul pasangan ni tau!

Majlis berlangsung penuh meriah dan warna-warni ini dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan-rakan artis tempatan.  Anatara selebriti yang dilihat hadir adalah Sweet Qismina, Lisdawati, Aprena Manrose, Raisha Rizrose, Nursajat dan ramai lagi

Bagi memeriahkan majlis pasangan sama cocok sama padan ini, majlis persandingan dimulakan dengan bacaan doa seterusnya persembahan nyanyian daripada artis-artis terkemuka seperti Ara Johari, Amira Othman, Wani Hasrita,Beego, Kaka Azraff dan penampilan istimewa daripada lagenda ratu rock tanah air kita iaitu Ella. 

Majlis  resepsi serba mewah ini diserikan lagi dengan persembahan tarian daripada adik-beradik Emma dan rakan-rakan rapatnya.  Sporting betul masing-masing menari untuk Emma ye! 

Apa-apa pun selamat penganti baru Emma dan Shazli. Semoga ikatan cinta yang dibina ini kekal hingga ke Jannah. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel!