Kehangatan anugerah berprestij #AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini mengundang spekulasi apabila tempat Alif Satar kini digantikan dengan Awal Ashaari dan Haziq Hussni.

Namun menurut Awal sendiri, beliau lebih bersifat positif dan menjelaskan tiada isu yang patut timbul kerana Alif merupakan kawan lamanya.

“Masing-masing punya cara yang tersendiri. Setiap pengacara mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Tiada istilah lawan atau melihat siapa lagi bagus. Alif mempunyai satu aura dan juga kredibiliti yang hanya dia saja yang ada,” ujar Awal.

Tambah Awal, beliau akui terdapat perbezaan mengacara secara berdua berbanding bertiga, namun Awal yakin , beliau ada  cara tersendiri untuk memastikan perjalanan di #AJL34 berjalan lancar. 

Awal ditemui ketika sidang media #AJL34 yang berlangsung di De Wan 1958 by Chef Wan Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun ini mempertaruhkan 12 karya yang  mengangkat tema Warna-Warna Suara, dan akan bersiaran secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Februari nanti.

Seperti tahun lalu, tiket telah pun mula dijual dengan harga serendah RM30 di laman www.myticket.asia . 

Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). 

Sumber foto: Instagram TV3