Sesuai dengan tema Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34 kali ini iaitu Warna-Warna Suara, #AJL34 tahun ini terus mencetuskan transformasinya untuk menterjemahkan kepelbagaian vokal finalis yang bertanding.

Tema Warna-Warna Suara telah diangkat bagi menunjukkan bahawa dalam dunia nyanyian, suara memainkan peranan penting. Inovasi finalis menggunakan perbezaan jenis vokal seperti tenor, bass dan soprano dapat dilihat pada malam Ahad nanti. Penonton juga dapat lihat penekanan sudut visual semasa konsep persembahan, fesyen dan pentas juga akan lebih berwarna-warni.

12 karya terbaik akan berentap pada malam kemuncak yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini, 

So, buat penonton yang hadir ke stadium Ahad ini, pastikan korang mengenakan pakaian yang berwarna-warni bagi memeriahkan malam AJL nanti okay! 

Buat korang yang  mahukan tiket free, apa kata sertai peraduan #JommenangXtra dengan hanya klik disini.

10 orang yang bertuah akan dipilih untuk menjadi saksi malam kemuncak #AJL34.

Selamat Mencuba!