Selepas diikat jamin kerana dituduh menipu seorang peniaga, isteri kedua kepada pendakwah bebas Da’i Farhan atau lebih ingin dikenali sebagai Mutawwif Farhan baru-baru ini mendedahkan pengalaman yang dilalui sepanjang bermalam di lokap.

Pengalaman Buka Mata Tentang Kehidupan Sebenar Lokap

Melalui foto yang dimuat naik oleh “Dr. Erin” atau pemilik nama Noorainul Naqim ini,  pengalaman sepanjang menjadi tahanan di lokap membuka matanya mengenai kehidupan sebenar di sebalik tirai besi. 

“Assalamualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdulillah saya ok. Walaupun 2 malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi jaket tak ada lah apa sangat. Pengalaman Allah nak tunjuk ujian kita ni kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu. Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi di tidak didapati bersalah,”luahnya.

 

 

Terima Prosedur Dengan Hati Terbuka

Jelasnya lagi, beliau tiada rasa malu dan takut malah lebih bersifat terbuka menerima prosedur. Katanya, kalau tidak masuk, beliau tidak akan tahu keadaan sebenar dalam lokap.

“Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka tidak ada rasa malu atau takut. Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang Allah nak tunjuk pada saya. Kalau tak masuk dalam saya tak tahu begitu keadaan sebenarnya,” tulisnya lagi.

 

Usahawan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita berjumlah RM10,050 untuk mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Noorainul Naqim membayar jaminan tersebut.

Semoga isu ini menjadi iktibar buat semua.

Baca juga: [VIRAL] “Doktor Erin” Ditangkap Didakwa Menipu Wanita Membabitkan 10 Ribu, Da’i Farhan Enggan Komen

Sumber foto: Instagram Noorainul Naqim