Juri bagi program lawak realiti disebuah stesen televisyen berbayar ini mengakui lebih selesa untuk meneruskan bidang pengacaraan selepas mula berjinak-jinak dalam satu program bual bicara bersama Doktor Say dan Tanya Doktor Imelda. 

Menurutnya, beliau lebih berminat untuk mengacarakan sebuah program televisyen kerana mahu mencuba sesuatu yang baru selain berkecimpung dalam dunia lakonan tetapi, ia adalah platform terbaik untuk Lisa sendiri memperbaiki dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu nya.

” Saya nak belajar menggunakan kosa kata dengan lebih tepat, penyusunan bahasa memang saya nak perbaiki sangat. Kadang-kadang dalam pertuturan kita biasanya kita campir-campurtapi sebagai seorang hos, pastinya saya akan belajar lebih banyak” Katanya.

Sumber : Instagram @lisasurihani

Tambahnya lagi, beliau turut bersyukur kerana dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus dari Allah SWT. Dan, percaya setiap jika setiap sesuatu yang dirancang itu tidak terlaksana ia adalah ketentuan dariNya.

” Sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi, kita kena terima ketentuannya daripada Ilahi tapi yang penting jangan penat berusaha”

Sumber : Instagram @lisasurihani

“Saya mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya, Itulah doa saya setiap hari. Jika ditanya apa azam saya menjelang 2020, Jujur saya tiada azam. Saya cuma mahu lakukan yang terbaik sebagai isteri, anak, ibu, dan rakan” Ujarnya.