Siapa yang tidak kenal dengan legasi rock era 80-an yang masih popular dengan lagu-lagu evergreen mereka, tidak lain tidak bukan iaitu Lefthanded!

Para peminat rock serantau sedia maklum, Lefthanded melalui banyak perubahan daripada segi anggotanya sejak ditubuhkan. Sepanjang perjalanan kumpulan ini, ada di antara anggota mereka sudah meninggal dunia seperti pemain gitar Samad (meninggal dunia pada Oktober 2008), pemain dram Man Dayak (meninggal dunia Mac 2016), dan vokalis pada album ‘live’ Nafas, Arab (meninggal dunia November 2016).

Terbaharu, kumpulan yang ditubuhkan pada tahu 1979 itu tampil di Malaysia Hari Ini (MHI) untuk mempromosikan Konsert Lefthanded Seruan yang akan diadakan di Capitol Theater Singapura pada 7 Mac 2020. 

Konsert Lefthanded Seruan X Datuk Ramli Sarip

Malah, buat julung kalinya, menerusi konsert ini, Datuk Ramli Sarip turun padang selepas pembabitannya selama lebih kurang empat dekad. Idea menggandingkan band tersebut bersama Datuk Ramli Sarip dikatakan datang secara semula jadi memandangkan beliau memainkan peranan penting dalam evolusi band tersebut.

Persiapan untuk konsert telah dibuat sejak awal Disember lalu dan nampaknya mereka sudah bersedia dan tidak sabar untuk menemui peminat yang setia memberi sokongan kepada Lefthanded.

Datuk Nash dan Man Kidal yang hadir ke studio MHI turut mempersembahkan lagu Ku Di Halaman Rindu yang telah hampir berusia 38 tahun itu. 

 

Sumber: Instagram Datuk Nash

 

Buat yang berminat untuk menyaksikan gandingan mantap Lefthanded dan Datuk Ramli Sarip, jangan lupa untuk dapatkan tiket segera di laman www.ogoffgrid.com.my.

 

 

Nak tahu lebih lanjut, apa kata korang layan video di bawah ini:

 

Sumber: Youtube TV3