KANG GARY is back!

Selepas hampir empat tahun tidak muncul di kaca televisyen, Kang Gary yang merupakan bekas ahli rancangan hiburan popular serata dunia iaitu Running Man kini bakal menghiburkan korang semula!

Istimewanya, pemilik nama Kang Hee Gun ini tidak keseorangan, tetapi akan membuat kemunculan bersama dengan anaknya, Kang Haoh dalam rancangan siri realiti “Superman Returns”.

Program yang mengetengahkan gelagat si comel yang perlu dijaga oleh si bapa tanpa bantuan isteri selama 48 jam itu akan disiarkan melalui saluran KBS TV World 391 pada setiap Ahad jam 6 petang.

Kemunculan Gary dalam program ini semestinya dinantikan oleh para peminat yang merindui keletah dan jenaka Gary yang sentiasa menghiburkan ketika menyertai Running Man dahulu. 

Kang Haoh yang berusia 2 tahun 2 bulan itu dikatakan sangat suka bermain alatan muzik dan menyanyi seperti ayahnya.

So, kalau korang nak lihat bagaimana keletah Gary bersama si ciliknya, jangan lupa untuk saksikan “Superman Returns”pada setiap Ahad di saluran KBS okay!

Sumber foto: www.allkpop.com.my