Di kala ada antara rakan artis yang ‘cabut’ tudung, namun lain pula buat artis ini. Baru-baru ini pelantun lagu Ku Bersuara, Ernie Zakrie telah memuat naik gambarnya mengenakan hijab.

Keputusan itu dibuat oleh Ernie sejak Selasa lalu dan beliau dikatakan telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung serta berasa sudah sampai masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.

Menurut Ernie, penghijrahannya itu juga merupakan berkat doa daripada ibu bapa dan para peminat yang sentiasa menginginkan yang terbaik dalam dirinya.

“Terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan saya. Semoga yang baik-baik untuk kita semua. Malah, saya juga sentiasa terbuka hati menerima nasihat dan teguran daripada semua selepas ini. Kita sama-sama belajar menjadi yang lebih baik,” katanya.

Rata-rata ramai netizen dan juga rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan pujian dan ucapan tahniah.

 

 

 

    

 

 

Semoga dengan penghijrahan ini dapat membuka mata selebriti lain untuk turut sama berhujab dan menutup aurat.

Tahniah sekali lagi buat Ernie!