Umum tahu, nasi adalah sumber karbohidrat, dan karbohidrat sangat penting diperlukan untuk tubuh kita sebagai sumber tenaga utama.  Namun punca kegemukan daripada pengambilan nasi ini adalah jumlahnya.  Berapa banyak nasi yang diambil dalam masa sehari?

 Cuba cara ini untuk kurangkan berat badan dengan segenggam nasi

1. Minum air lebih kurang 10-20 minit sebelum makan. Minum paling tidak 500ml air. Supaya perut dah diisi sesuatu. Memang rasa mual dan muak tapi itu yg kita nak. Supaya perut tak meragam minta diisi banyak-banyak 

2. Ambil sesenduk nasi & lauk pula ambil yg berkuah. Lagi cantik kalau sayur sama portion atau gandakan dari nasi tadi. Bagi yg tak mkn sayur, gandakan sekali ganda lauk drpd biasa. Contohnya ayam jadi dua ketul. Pokoknya, ratio adalah 1 senduk nasi: 2 senduk sayur: 2 ketul lauk

 

 

 
 

3. Tujuan ganda lauk adalah bagi perut kenyang dengan lauk instead of nasi. Lauk berkuah pula ambiklah sup, tomyam elak yg berlemak santan, nanti jadi masalah lain pulak. Nak kurus kena berkorban sikit 

4. Makan dengan perlahan. Otak perlukan lebih kurang 20 minit untuk terima signal perut dah kenyang. Makan tergesa-gesa hanya buatkan kita makan lebih had. Kalau korg perasan, lepas setengah jam baru rasa perut penuh gila dan menyesal termakan banyak. Betul tak ?

 

 

5. Minum air lebih kurang 5 minit selepas makan. Ini akan pastikan mana-mana nafsu dan kekosongan terisi dengan air. Yg bagusnya, 500ml air sebelum dan 500ml selepas makan dah buatkan korg minum 1L air sehari. Air bagus utk pencernaan dan nyahtoksin

Sumber: Twitter Naufal Antezem