Pihak Polis Indonesia gali semula kubur bekas isteri kepada pengacara terkenal, Lina Jubaedah susulan laporan yang dibuat oleh anak sulung, Rizky Febian.

Dalam laporan berkenaan, Rizky yang merupakan penyanyi memaklumkan curiga dengan punca kematian ibunya itu.

“Proses siasatan oleh pasukan forensik dijalankan untuk mencari punca kematian Lina,” kata Kabid Humas Polis Daerah Jawa Barat Kombes Pol Saptono Erlangga.

Sebilangan besar penduduk di sekitar tanah perkuburan menyaksikan proses penggalian semula kubur Allahyarham Lina.

Namun begitu, pihak berkuasa telah memasang khemah dengan penutup ketika proses gali semula dijalankan. 

Menurut Saptono, keputusan untuk mengenal pasti punca kematian akan diketahui tidak lama lagi.

“Saya kira satu hari cukup, tetapi nanti memerlukan analisis dari pasukan forensik,” kata Saptono.

Kredit video: CNN Indonesia

Terdahulu, penyanyi Rizky yang juga anak sulung bekas pasangan suami isteri ini membuat laporan di balai polis Bandung kerana curiga dengan punca kematian ibunya. 

Ini kerana dia berasa pelik melihat lebam di leher dan beberapa bahagian di tubuh milik arwah ibunya.- Antara