Bagi sesiapa sahaja yang menjadikan Korea Selatan sebagai tempat percutian, perkara ini mungkin boleh diambil serius apabilanegara tersebut mengumumkan amaran tahap tertinggi susulan rakyatnya kini mencecah 602 orang dijangkiti virus tersebut.

Sumber : Google

Menurut Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In, amaran tersebut dilakukan berikutan jumlah positif rakyatnya yang menghidapi Covid-19 semakin tinggi.

“Insiden Covid-19 menhadapi titik perubahan serius. Dan hari mendatang akan menjadi sangat genting”

“Justeru itu, kerajaan akan menaikkan amaran ke tahap tertinggi berdasarkan nasihat pakar” Katanya.

Catatan kenaikan jumlah yang semakin mendadak di negara tersebut berpunca selepas dikaitkan dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu pada minggu lalu.

Dan, negara tersebut kini merekodkan jumlah kes jangkitan kedua tertinggi selepas China, selain daripada jangkitan di atas kapal Diamond Princess, Jepun. 

Untuk maklumat lanjut berhubung kes Covid-19, anda boleh saksikan Buletin Utama TV3, pada jam 8 malam. 

 

Sumber : Harian Metro