Pelakon cilik yang terkenal menerusi drama-drama lakonannya ini meluahkan rasa kesal beliau mengenai kenyataan yang dibuat oleh pelakon, Nabila Huda apabila Abil mempersoalkan tanggungjawab ibu Balqish iaitu Norashikin Mohd Aziz  yang membiarkan remaja itu menjual di tepi jalan.

Lebih mesra dengan panggilan Aqish, beliau bagaimanapun menjelaskan ibunya itu bukanlah seburuk yang disangka kerana baginya, ibu nya telah berkorban segala-galanya dari kos perbelanjaan hospital sehinggalah beliau beransur pulih.

” Puteri sedih…Puteri minta jangan persoalkan ibu  Puteri, laman media sosial bukanlah untuk itu”

Terdahulu, Nabila Huda menerusi laman Twitter miliknya mempersoalkan tentang tanggungjawab ibu bapa Puteri Balqis yang dianggap mampu untuk menanggung kehidupan anak mereka. 

Malah, Aqish sempat menegaskan bahawa ibunya itu bukanlah seorang penagih dadah seperti yang diperkatakan.

” Fizikal ibu kurus kerana, ibu tidak cukup tidur , tidak makan, dan depression. Sewaktu Puteri sakit ibu tidak tidur kerana takut Puteri sakit ketika tidur.” Jelasnya.