Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata pepatah, lain lubuk, lain ikannya, begitu jugalah dengan plag dan soket. Walaupun berbeza daripada segi bentuk namun fungsi yang diberikan masih sama.

 

Mengapa munculnya pelbagai jenis plag ini? Pasti ada pengaruh daripada beberapa faktor.

Pada satu masa dahulu, negara-negara lain hanya dapat memilih untuk menggunakan plag jenis standard Amerika. Namun pada hari-hari awal adanya tenaga elektrik, kebanyakan negara memutuskan untuk mereka bentuk plag standard yang tersendiri. Keputusan mereka boleh diterima pakai kerana plag jenis-A Amerika masih tidak stabil ketika itu.

Plag standard

Kalau nak diikutkan, masih boleh menjadi realiti untuk semua negara menggunakan satu plag standard. Selama bertahun-tahun, Jawatankuasa Teknikal Elektro Antarabangsa telah mencuba untuk mereka bentuk dan melaksanakan plag standard ini. Namun bagaimanapun, pengaruh politik dan ekonomi secara tidak langsung yang menjadi penghalang kepada perkara ini untuk menjadi kenyataan.

Kuasa elektrik

Munculnya jenis plag dan soket yang berbeza-beza ini juga atas pengaruh aliran kuasa elektrik yang berlainan dan sistem penyelarasan negara itu sendiri terhadap plag dan soket yang digunakan.

Jadi, jom kita kenali jenis-jenis plag dan soket dinding di dunia.

 

Sumber: Medium