Rasanya mesti ramai peminat BIG BANG yang dah lama menantikan kemunculan selebriti fav mereka kembali beraksi di atas pentas bukan? 

No worries! Terbaharu, kumpulan K-pop BIG BANG tersenarai  antara barisan artis yang bakal beraksi di Festival Muzik dan Seni Coachella yang bertempat di California, Amerika Syarikat tahun ini!

Menerusi laporan laman web rasmi Coachella, BIG BANG yang kini dianggotai G-Dragon, TOP, Taeyang dan Daesung akan melakukan persembahan pada 10 April dan 17 April.

Ini merupakan kemunculan pertama mereka secara berkumpulan selepas semua anggota kumpulan itu menjalani latihan wajib ketenteraan Korea Selatan sejak tahun 2017. 

Jom lihat barisan artis yang bakal menggegarkan Festival Muzik dan Seni Coachella pada tahun ini:

Walau bagaimanapun, anggota termuda kumpulan ini, Seungri tidak akan terlibat dengan persembahan selepas mengambil keputusan untuk bersara daripada industri hiburan apabila terlibat dengan  skandal seks pada tahun lalu.

Apa-apa pun, bukan sahaja VIP, peminat fanatik K-pop mesti tak sabar nak lihat gandingan mereka bersama kan?

Sumber foto: www.stereogum.com.my