Penularan COVID-19 semakin membimbangkan. Menurut statik yang dikeluarkan oleh KKM Putrajaya, kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3000 di seluruh dunia. 

Menurut statistik itu lagi selepas negara Cina, Iran merupakan negara kedua tertinggi dunia dan peratusan itu terus meningkat kepada 77 orang. 

Bank Dunia umum pakej bantuan 12 Billion

Dalam pada itu, Bank Dunia  hari ini mengumumkan dana awal AS$12 bilion (RM50.25 bilion) untuk membantu negara yang terjejas dengan wabak yang kini menular ke 80 negara.

Selain itu, bantuan ini juga akan ditumpukan dan disalurkan kepada beberapa buah negara miskin yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah berikutan kesukaran mereka dalam mengharungi wabak ini.  Pengumuman itu tiba ketika kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan ekonomi dan manusia terhadap virus berkenaan. 

Semoga kita semua terus sihat dan dilindungi daripada ancaman penyakit ini. Yang penting, jaga kesihatan dan elakkan aktiviti luar yang berpotensi untuk mendedahkan diri anda daripada wabak Coronavirus. 

Sumber: KKM, Berita Harian