Baru-baru ini, industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pengumuman rapper terkenal Hollywood iaitu Kanye West yang mengumumkan persaraannya dalam membawakan lagu bergenre Rap. 

Al-maklumlah, Kanye  antara nama yang cukup besar dalam industri muzik antarabangsa malah, beliau juga antara salah seorang rapper yang dihormati dan disegani. 

Justeru itu, pengumuman beliau untuk tidak bergiat dalam muzik rap ini sekaligus mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat setia beliau.

 

Sumber: www.billboard.com.my

 

Anggap Muzik Rap Sebagai Muzik Iblis?
 
Ditanya mengenai punca kenapa beliau ingin meninggalkan kerjaya seninya itu, rapper berusia 42 tahun ini menganggap muzik rap itu sebagai muzik iblis.
 
Bagaimanapun,  suami kepada ikon fesyen dan usahawan terkenal, Kim Kardashian ini, bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan bakat dan kemewahan kepadanya sepanjang bergelar penyanyi.
 
Memetik laporan dari New York Times, Kanye akan fokus dalam  mengeluarkan album yang berkonsepkan ketuhanan dan keagamaan sahaja selepas ini.