Inisiatif ini diumumkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan.

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun kini boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2  tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa berkata, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP itu berjumlah RM40 billion.

Sumber : Google

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,”