Makin riuh nampaknya!

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim ketiga (ICSYVM3) kini sudah masuk minggu keempat! 

Program hiburan yang diadaptasi daripada rancangan popular Korea Selatan ini sekali lagi menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Bagi minggu ini, Siti Nordiana atau Nana telah dijemput untuk mencari penyanyi sebenar! Nana seperti biasa akan dibantu oleh penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Yusry KRU, Mark Adam dan penampilan istimewa Azad Jasmin dan Nabila Huda sebagai penyiasat jemputan! 

Seperti biasa, pentas #ICSYVM3 dihangatkan dengan gelagat dan keletah lucu penyiasat tetap iaitu Mark Adam dan Jihan Muse. Apa yang menarik minggu ini, menerusi video teaser terbaharu yang dimuatnaik di laman media sosial Instagram TV3 , dilihat Nabila Huda jatuh tergolek selepas asyik menilik salah seorang peserta! Wah, nampaknya makin riuh pentas #ICSYVM3 minggu ini.

 

 

Kalau minggu lalu, kita ada Ismail Izzani  yang “terciduk” apabila menyingkirkan penyanyi sebenar. Kali ini mampukah Nana menyingkirkan penyanyi samaran dan berduet bersama penyanyi sebenar?

So, kalau nak tahu berjayakah Siti Nordiana mencari penyanyi sebenar seperti Sham Visa dan Stacy, saksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau korang juga boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Sumber: Instagram TV3 Malaysia Official