Happy Birthday Jennie!

Jennie yang merupakan ketua dan anggota kumpulan popular BLACKPINK, menyambut hari ulang tahunnya yang ke-24 hari ini dan perkara ini telah dikongsikan di laman Instagram rasmi kumpulan BLACKPINK iaitu @blackpinkofficial. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

#BLACKPINK #블랙핑크 #JENNIE #제니 #HAPPYBIRTHDAY #20200116 #YG

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on

Namun demikian, baru-baru ini sewaktu kumpulan BLACKPINK bertandang ke Indonesia bagi menjayakan sebuah acara, Jennie menjadi mangsa kebencian atas talian apabila ramai yang menggunakan platform acara tersebut untuk menulis kata-kata nista dan benci kepada Jennie.

 

Acara yang disiarkan secara langsung itu membolehkan penonton berinteraksi dengan anggota BLACKPINK  tetapi entah mana silapnya apabila Jennie menerima kata-kata berbaur kebencian yang bertalu-talu sehingga ia jelas memberi kesan kepada emosinya.  

 

Peminat tegar BLACKPINK yang dipanggil BLINKS juga menyatakan rasa kecewa mereka apabila penyanyi kesayangan mereka itu seakan disisihkan pengacara apabila menonton video sedutan acara yang tersebar kerana jelas soalan hanya diajukan kepada anggota BLACKPINK yang lain sehinggakan Jennie terpaksa menahan emosi dan air mata dari berlinangan. 

 

Sebagai tanda sokongan dan sayang kepada Jennie, peminat-peminatnya melancarkan kempen #JennieDeserveBetter di Twitter kerana mereka tidak dapat menerima penyanyi kesayangan mereka diperlakukan begitu. 

 

Anggota BLACKPINK yang lain juga jelas bersimpati dengan nasib Jennie dan mereka sebolehnya membabitkan Jennie dalam setiap perbualan dengan pengacara terbabit.

 

Malah, Rose yang mungkin kasihan dengan Jennie selepas melihat raut mukanya yang sedih sepanjang acara itu, mengucapkan ‘I love you’ kepada Jennie.

Kasihan Jennie kerana terpaksa membaca kata-kata benci yang ditujukan kepadanya walhal acara itu sepatutnya dipenuhi oleh peminat-peminat BLACKPINK tetapi lain pula yang terjadi..

During the live people in the were throwing hate at Jennie and those individuals we’d like it to be known that, you’re not obligated to like anyone but the least you can do is be respectful. #JennieDeservesBetter pic.twitter.com/T0S8wIn994

— BLACKPINK BILLBOARD (@bpbillboard) 14 January 2020

 

Sumber: Allkpop.com & Harian Metro