Semakin kacak! Ketua kumpulan EXO, Suho nampaknya melakukan transformasi sempena tahun 2020 ini.

Selepas mewarnakan rambut dengan warna merah untuk promosi album Obsession, Suho kembali menukar warna rambutnya kepada hitam. 

Penampilan Suho itu disaksikan oleh para peminat dan wartawan yang menghadiri acara anjuran Bottega Veneta di Hyundai Department Store, Korea Selatan, semalam. 

Bak seorang CEO tampan, Suho mengenakan jaket berwarna coklat dipadankan dengan sweater turtleneck hitam di dalam.

Pemilik nama penuh Kim Junmyeon itu berkongsi gambar di Instagramnya yang tampil sungguh bergaya pada acara berkenaan. 

 
 
 
View this post on Instagram

Thank you for inviting me🙂 #Bottegaveneta

A post shared by SUHO (@kimjuncotton) on

Dalam masa sama, Suho berterima kasih kepada Bottega Veneta kerana menjemputnya.

“Thank you for inviting me #Bottegaveneta,” tulis Suho.