Susulan wabak Coronavirus, KKM hari ini mengumumkan talian hotline COVID-19 kini mula beroperasi 24 jam. Talian ini akan dikendalikan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. 

Rakyat Malaysia boleh menghubungi talian tertera untuk mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan Koronavirus 2019.

Talian ini diwujudkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai penyakit Coronavirus selain mengelakkan sebarang berita palsu dan tidak benar mengenai penyakit ini daripada terus menular. 

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyakit ini, boleh segera menghubungi talian berkenaan malah boleh terus menghantar emel. 

Dalam perkembangan lain 110 kes baru mengenai Coronavirus dilaporkan pada hari ini, 63 kes adalah daripada kluster perhimpunan Tabligh. 

Sumber: KKM Putrajaya Tweets