Advertisement
Jangan Lupa Tuntut E-Tunai Mulai Hari Ini
By: SGMS Enal
15/01/2020 9:45 pm

KIRA-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 8 pagi hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.

“Setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-tunai itu,” katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di sini, semalam.

“Pengendali e-dompet menambah baik pemberian RM30 wang percuma dibiayai kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.

“Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu,” katanya sambil menambah jumlah tambahan itu diumumkan tiga pengendali berkenaan, hari ini.

 
Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan melalui platform pengendali terpilih.

Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutama dalam sektor runcit.

“Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet terbabit supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir.

“Setakat ini, lebih lapan juta peniaga menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat,” katanya.

Lim berkata, bagi memastikan inisiatif itu mempercepatkan proses digitalisasi, RM30 itu perlu dibelanjakan penerima bermula 15 Januari hingga 14 Mac depan.

Beliau berkata, baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac.

“Rakyat yang layak diberi tempoh memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac depan untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja,” katanya



GAMBAR XTRA

ARTIKEL XTRA

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

[VIDEO] “Absolutely Correction!” – Kecoh Habis Bila Kampung People Reunion!

[VIDEO] “Gelak Sampai Terkeluar Anak Tekak” Apa Yang Ropie, Issey Dan Salman Buat?

[VIDEO] “Can I Advise You Something” – Drama Band Menyesal Dan Mohon Maaf

“Banyak Pengajaran, Plot Twist Paling Berkesan” – Netizen Puji Telefilem Peninggalan Arwah!

“Siapa Tahu Tok Kadi Kat Mana, Nak Suh Nikahkan Diorang Ni” Peminat Restu Hubungan Zara Zya Dan Azlee Khairi

BERITA TERKINI

1
18 Feb 2020, 12:02 PM

[VIDEO] Jenazah Ashraf Sinclair Kini Dibawa Ke Rumah

2
18 Feb 2020, 12:02 PM

Aishah Sinclair Terima Khabar Duka Sebaik Sahaja Tiba Di Konti MIX FM

3
18 Feb 2020, 09:02 AM

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4
18 Feb 2020, 08:02 AM

Awesome! Sham Visa Singkir 5 Penyanyi Bersuara Sumbang

5
17 Feb 2020, 05:02 PM

[VIDEO] “Absolutely Correction!” – Kecoh Habis Bila Kampung People Reunion!

6
17 Feb 2020, 01:02 PM

“Asyik Isu Car Seat Je, Isu Yang Panas Sekarang Ni Pemandu Mabuk” – Netizen Luah Rasa Geram Dengan Rancangan Hello Doktor

7
17 Feb 2020, 01:02 PM

[VIDEO] “Gelak Sampai Terkeluar Anak Tekak” Apa Yang Ropie, Issey Dan Salman Buat?

8
17 Feb 2020, 01:02 PM

“Banyak Pengajaran, Plot Twist Paling Berkesan” – Netizen Puji Telefilem Peninggalan Arwah!

9
17 Feb 2020, 08:02 AM

“Siapa Tahu Tok Kadi Kat Mana, Nak Suh Nikahkan Diorang Ni” Peminat Restu Hubungan Zara Zya Dan Azlee Khairi

10
15 Feb 2020, 03:02 PM

[VIDEO] “Can I Advise You Something” – Drama Band Menyesal Dan Mohon Maaf