Pengacara terkenal Indonesia, Ruben Onsu memaklumkan terpaksa menutup 30 cawangan restoran miliknya di sekitar Jakarta.

Hal ini membuatkan dia begitu terkesan dan sedih atas kejadian banjir di Jakarta yang nampaknya masih belum surut.

“Saya sedih bukan kerana mengalami kerugian wang tetapi nasib yang menimpa pekerja saya. Kejadian ini juga memberi kesan kepada rakan-rakan selebriti lain yang mana rumah mereka dipenuhi air.

“Puluhan kedai makan saya di kawasan Jabodetabek ditutup selama dua hari. Bukan itu sahaja, para pekerja juga tidak boleh keluar dari rumah memandangkan jalan raya sudah dipenuhi air,” katanya kepada Tribun News.

Dalam pada itu, Ruben juga enggan memaklumkan berapa jumlah kerugian dialami setakat ini.

“Saya anggap ini bukan rezeki saya. Tidak perlu beritahu berapa kerugian kedai,” katanya yang kini bercuti di Itali bersama keluarga.

Selebriti terkenal ini memiliki banyak cawangan restoran Geprek Bensu bukan sahaja di Indonesia malah di Hong Kong, Taiwan dan Amsterdam.

Sementara itu, Ruben turut menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di Jakarta. Terbaiklah!