Kehilangan Ashraf Sinclair yang mengalami sakit jantung pada bulan lalu telah memberi kesan yang mendalam buat ahli keluarga dan insan terdekat. 

Terbaru, Primeworks Studios bersama Infinitus Production telah menganjurkan majlis tahlil buat Ashraf Sinclair yang merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem terbaru mereka iaitu J-Retribusi. 

        “Saat kematiannya wajah arwah nampak sempurna-Aishah Sinclair” 

Berkongsi detik-detik  terakhir beliau menatap wajah abangnya, Aishah sempat memberitahu bahawa ketika tiba di Jakarta beliau sekeluarga sempat menatap wajah Ashraf buat kali terakhir sebelum bergegas ke pengebumiannya. Malah, saat kematiannya wajah arwah nampak begitu sempurna.

“40 tahun abang saya ada dalam hidup saya”

Aishah turut berkongsi memori bersama arwah abangnya sewaktu mereka kecil. Menurut Aishah lagi, Ashraf merupkan seorang abang yang baik. Sentiasa membantunya. Kehilangan  Ashraf sangat dirasai oleh Aishah kerana selama 40 tahun Ashraf berada dalam hidupnya. 

Malah Aishah turut berkongsi bahawa isteri Ashraf iaitu Bunga merupakan seorang wanita yang tabah dan kuat dan meminta agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat Bunga dan Noah dalam keadaan ini.

Tonton video di bawah untuk berita lebih lanjut:

 

Semoga roh Ashraf sentiasa tenang di sana..Al-Fatihah..