Siapa agaknya yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Aliff Syukri. Baru-baru ini beliau sekali lagi enggan mempedulikan anggapan  segelintir warganet yang tampil mempersoalkan niatnya untuk membantu Puteri Balqis.

Mesej peribadi diterima daripada Balqis menurusi Direct Message (DM)

Menurut Datuk Aliff Syukri, Balqis sebelum ini pernah menghantar kiriman berupa mesej peribadi menerusi DM ke akaun instagram miliknya dua tahun lepas, namun beliau hanya mengetahui tentang kesulitan yang menimpa pelakon cilik ini selepas menyaksikan rakaman program Bersamamu. 

Balqis pernah DM dua tahun lalu untuk meminta bantuan, tapi kami tak perasan  sehinggalah kisah beliau dipaparkan dalam Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej. Jadi kami follow up untuk beri sumbangan” Katanya.

Netizen dan selebriti kurang senang tindakan Aliff  Syukri?

Datuk Aliff Syukri, Puteri Balqis dan Ibunya dalam sesi temubual dilaman Youtube miliknya

Segelintir warganet dan selebriti dilihat kurang senang dengan tindakan Aliff Syukri memuat naik rakaman video dilaman Youtube miliknya dan mengajukan soalan yang dianggap kurang sesuai buat pelakon cilik ini. 

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan Aliff Syukri ini seakan-akan mengambil kesempatan terhadap kesulitan yang dialami Puteri Balqis dan keluarganya.

Enggan dedah jumlah sumbangan

Ketika ditanya mengenai jumlah sumbangan pula, Datuk Aliff Syukri bagaimanapun enggan mendedahkan berapakah jumlah wang yang diserahkan untuk membantu Puteri Balqis dan ibunya.

Namun, beliau menegaskan bahawa beliau sendiri secara terbuka mahu membantu dan menjana pendapatan keluarga ini dalam bentuk kerjasama dan perniagaan.

” Biarlah rahsia, dan saya terbuka untuk membantu adik Balqis tapi kalau adik Balqis nak bekerjasama dalam produk dan perniagaan” Jelasnya

Malah, Aliff Syukri juga turut memberitahu sumbangan menerusi projek Terlajak Kasih ini bukan sahaja dikhaskan untuk golongan artis malah, orang awam juga. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

. . Abang sedih dengan apa yang berlaku dan abang tak nak salahkan sesiapa.. abang percaya berat lagi mata Memandang berat lagi bahu yang memikulnya… abang cuba bantu yang mana yang termampu… cuba korang komen kat bawah apa patut abang lakukan lagi untuk mengubati sakit Puteri?? abang begitu sedih kalau nak tahu kisah selanjutnya korang pergi sahaja dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting di sana . . Kalau korang nak beli bam budara @as.legacymalaysia yang abang guna ini ..korang boleh komen di ruangan komen di bawah 👇🏻👇🏻 “saya nak cuba” hargaRM 25 sahaja nanti team abang akan balas komen anda dan akan hantar di depan pintu rumah anda cepat stok terhad .. atau wussp no +60 12 544 4302 utk jadi rakan bisnes

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dilihat tampil memberikan penjelasan mengenai isu soalan yang tidak sesuai yang diajukan oleh beliau ketika sesi temubual bersama Puteri Balqis menerusi laman Youtube miliknya pada Rabu.