Penyanyi terkenal Justin Bieber mengumumkan lancar album pada 14 Februari ini.

Album Changes itu turut menyaksikan menjadi hadiah pertama selepas Bieber memutuskan untuk berehat seketika dalam dunia nyanyian.

Memetik kenyataan Bieber menerusi program dokumentari Seasons, Bieber mengaku gementar menulis termasuklah sesi rakaman yang berlangsung tahun lalu.

“Ini waktu paling sulit dalam hidup saya.

“Ada tekanan untuk menghasilkan album yang bagus termasuklah hal lain,” kata pemuda berusia 25 tahun ini.

Tambah Bieber, menjadi selebriti terkenal tidak mudah seperti dibayangkan orang ramai.

“Sesungguhnya, ada beban untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Orang menyimpan harapan pada kita dan itulah suatu yang berat,” katanya.

Bieber berjanji untuk menghasilkan album baharu dan hal itu diumumkan sewaktu membuat persembahan di Coachella ada April 2019.

Single Yummy juga nampaknya mendapat sambutan hangat, tak sabar nak dengar yang seterusnya!