Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada media sosial, akhirnya aktres cantik Indonesia yang merupakan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL membuat kemunculan semula di laman media sosial Instagram miliknya kelmarin.

Dalam ig stories tersebut, BCL telah menulis ucapan terima kasih tidak terhingga buat kesemua peminat dan rakan artis yang memberikan ucapan hari kelahiran ke-37  buatnya. Beliau turut meminta kepada peminatnya supaya menitipkan doa buat arwah suami tercinta dan berpesan agar semua orang menjaga diri dan berada di rumah dalam waktu genting ini.

 

 

Ramai keluarga dan rakan artis yang memberikan ucapan buat aktres itu termasuklah adik iparnya, Aishah Sinclair.

“Saudara perempuan. Sekarang dan selamanya. Selamat ulang tahun kelahiran buat wanita cantik di tengah itu. Saya tahu ini bukan ulang tahun yang mudah untuk diraikan, tetapi akan ada perkara bahagia di tahun akan mendatang. Sangat sayang kamu (Bunga),” tulis Aishah di Instagram.

 

 

Meskipun berjauhan antara satu sama lain, Aishah juga tidak lupa untuk menyambut ulang tahun kelahiran BCL  apabila baru-baru ini beliau berkongsi sebuah foto video call secara berkumpulan bersama BCL, Noah Sinclair, Adam Sinclair dan kedua-dua ibu bapanya serta turut sama menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat BCL!

 

 

Apa-apapun, Xtra mendoakan semoga BCL sekeluarga berada dalam keadaan selamat dan kekal berhubungan walau apa-apa pun yang berlaku.

Happy Belated Birthday Bunga!

Kredit: Instagram Aishah Sinclair, Instagram BCL