Adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair mengakui pemergian salah seorang anggota keluarga iaitu abang kandungnya begitu meruntun jiwa mereka sekeluarga.

Aishah kongsi gambar pusara abangnya

Selepas majlis pengebumian Ashraf, Aishah sempat berkongsi satu gambar hitam putih memperlihatkan pusara abangnya yang dimuat naik menerusi instagram beliau pada lewat malam semalam.

Isteri dan ahli keluarga tidak memuat naik gambar dilaman sosial sejak berita pemergian Ashraf

Dan, sejak petang semalam keluarga termasuklah isteri kepada allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari tidak memuat naik  sebarang entri di media sosial masing-masing.
 
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Selasa. Dan, meninggalkan seorang balu bersama anak lelakinya bernama Noah Aidan Ashraf  berumur 10 tahun.