Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat. Kehadiran zuriat dalam sesebuah rumah tangga pastinya membawa seribu satu makna buat pasangan suami isteri. Dalam kesibukan  pasangan selebriti mendirikan rumah tangga, tidak terlepas juga berita pasangan selebriti yang bakal menambah ahli keluarga baru. 

Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin hari ini mengumumkan khabar gembira buat para peminatnya. Menerusi laman Instagramnya, Rizman mengumumkan bahawa isterinya Nurida Suraya kini sarat hamil dan kandungannya telah memasuki usia 4 bulan. 

Rizman turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, beliau turut mengharapkan agar bayi yang dilahirkan mempunyai sifat yang sempurna.

“Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu..Amin..”

Sebelumnya, pereka fesyen terkenal Rizman Nordin selamat menikahi seorang ahli perniagaan Nurida Suraya  pada 13 September 2019 tahun lalu. Pasangan itu kemudian melangsungkan majlis resepsi dalam acara penuh meriah yang dihadiri oleh sahabat handai dan rakan artis terkenal antaranya Dato Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin dan ramai lagi.

Tahniah buat Rizman dan pasangan! Semoga cahaya mata yang bakal lahir akan menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin..

Kredit: Instagram Rizman Nordin