Pusat perabot IKEA di seluruh China akan ditutup buat sementara waktu hingga ada notis baru dikeluarkan. Penututpan itu dilakukan akibat daripada penularan wabak koronavirus yang melanda negara itu.

IKEA yang mempunyai 30 cawangan di seluruh China, termasuk di Wuhan. IKEA merupakan tempat popular yang sering menjadi kunjungan orang ramai. Perkara tersebut boleh mengundang kepada jangkitan mudah berlaku.

Wabak koronavirus telah membunuh 170 orang dan telah menyerang lebih 7,000 orang di China setakat ini, dengan banyak lagi kes yang disahkan di negara-negara seperti Kanada, Jepun dan Australia.

Selain pusat perabot IKEA, terdapat juga beberapa restoran ditutup susulan daripada wabak tersebut seperti McDonals’s (MCD), Starbuck (SBUX) dan KFC serta Pizza Hut milik Yum China (YUMC). Ribuan cawangan diseluruh negara itu telah ditutup.

Malah, pembuat kereta elektrik Tesla (TSLA) jenama baru Shanghai telah menghentikan pengeluaran kerana penutupan yang diperintahkan oleh kerajaan.

Taman Disney (DIS) di Shanghai dan Hong Kong turut ditutup serta Kota Terlarang yang sering menjadi kunjungan orang ramai juga masih ditutup.

Menurut Zhang Ming, ahli ekonomi di Akademi Sains Sosial China, wabak yang melanda negara China itu telah melumpuhkan ekonomi negara tersebut.

Sumber : CNN