Rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim ketiga (ICSYVM3) kini sudah masuk minggu kedua ditayangkan di kaca televisyen! Rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan ini menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod kedua yang berlangsung semalam, Stacy Anam telah diundang sebagai artis jemputan.

Kali ini, Yusry KRU menjadi salah seorang penyiasat tetap bergandingan bersama Jihan Muse dan Mark Adam. Penyiasat atau ahli panel minggu ini turut menampilkan Reen Rahim dan Kamal Adli.

 

 

Seperti biasa, pelbagai aksi melucukan yang terjadi antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga kesemua para peserta. Paling mencuri perhatian netizen, apabila pihak panel yang bercanggah pendapat berjaya membingungkan Stacy untuk memilih penyanyi sebenar. Sumpah kelakar!

Identiti penyanyi pada minggu ini menampilkan jurusolek, pemandu lori, penyambut tetamu, pelawak Instagram, pemain futsal dan penggemar kasut roda atau rollerblade. 

Tuah menjadi milik Nurisma Ummirah Abdul Rahman, si penggemar pemain rollerblade yang berjaya membuatkan Stacy memilihnya di pusingan terakhir setelah mengambil kira  pendapat ahli panel dan undian penonton untuk berduet menerusi lagu Pelangi Indah.

 

 

 

 

“Bingung Juga Awalnya Tapi Enjoy!”

Kata Stacy, beliau sangat gembira apabila berjaya memilih penyanyi yang sebenar walaupun agak stress pada mulanya. Beliau juga bertuah kerana dapat berduet besama pendatang baharu yang mampu menambahkan warna dalam industri seni tanah air.

“Pemilihan penyanyi sebenar juga adalah bantuan daripada panel walaupun ada situasi yang membingungkan tapi kena pandai sama ada diorang betul atau buat-buat betul. Mencabar tapi enjoy,” kata Stacy.

Kata pemenang episod kedua, beliau sangat bersyukur dapat berduet bersama Stacy yang bukan sahaja pandai menyanyi malah hebat menari.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Memang best suara adik ni kan 😊 Kita jumpa minggu depan ya guys 😘. . #icsyvmy | setiap Ahad | 9 malam

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Isma layak bertanding untuk merebut peluang merakam single terbaru yang berada di bawah naungan syarikat rakaman Monkey Bone dan Warner Music. 

Jangan lupa temu janji korang untuk menyaksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau korang juga boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Buat korang yang terlepas menonton episod kedua ICSYVM3 malam tadi, boleh layan video di bawah ni. Enjoy!

 

Sumber: Youtube TV3 Malaysia, Instagram TV3 Malaysia