Ibu Allahyarham Ashraf Sinclair harini memaklumkan bahawa keluarga Sinclair telahpun kembali ke tanah air selepas seminggu mereka berada di Jakarta bagi urusan pengebumian. 

Sebelum ini, ibu kepada Ashraf Sinclair memuat naik beberapa foto di laman instagramnya dan mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada semua pihak yang telah mendoakan allahyarham Ashraf. 

Akan selalu pulang ke Jakarta

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on

Menurut Khadijah atau lebih mesra dengan panggilan Dida atau Umi, beliau akan selalu pulang ke Jakarta untuk melawat kubur allahyarham Ashraf, dan menjenguk Bunga serta cucu kesayangannya, Noah. 

Beliau juga turut meluahkan rasa terharu beliau kerana ramai pihak menunjukkan rasa penuh kasih sayang kepada allahyarham Ashraf ketika pemergian beliau.

” In shaa Allah, dengan izin Allahsaya akan kerap ke Jakarta untuk bersama dengan anak saya tersayang, Bunga dan cucu saya tersayang, Noah

” Saya menyayangi kamu semua kerana mencintai anak saya, Ashraf” Katanya.

Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan sakit jantung di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada usia 41 tahun.

Artikel berkaitan : “Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Artikel berkaitan : Bunga Citra Lestari Mula Bekerja, Nekad Kembali Beraksi Di Konsert Ronan Keating Sabtu Ini